09 January 2011

Air mata

Bismillah walhamdulillah..

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

(al-Bukhari)

ALLAH tetap SETIA

Bagaimana saya ingin rasa gembira pada ketika saya menoleh ke belakang dan melihat sejarah hidup saya bagaikn sebuah hutan yg telah terbakar?

Satu luahan dari seorang sahabat yang menjentik hati kerana pernah mengalami dan merasai betapa peritnya rasa terjatuh dan terus terjatuh. Susahnya untuk gagahkan diri bangun dari jatuh saat semangat itu lebih sakit dari luka kaki yang berdarah. Tapi kerana-Mu ya Allah, aku bangkit.

Kita tidak memiliki apa-apa dan kita juga bukan milik sesiapa melainkan DIA. Allah tidak pernah menyalahi janji-Nya. DIA akan terus memeluk kita sekalipun kita tersungkur dan berdosa. ALLAH tetap SETIA..

SAYA sayang KAMU

Sebenarnya post ini saya tujukan khas buat adik-adik ( lebih suka panggil 'adik' dari 'sahabat' kerana terasa gelaran itu lebih dekat di hati *memandangkan akk yg plg BELIA antara korang hehe )
Terima kasih atas teguran² dan kata² semangat yang telah diberikan.

Nak tulis kat sini boleh? Hehe

"Dear Kak Ime,
Setiap perkara yang berlaku dalam hidup ni sebenarnya cara Allah nak latih diri kita. Kita berjaya, Allah nak latih. Kita gagal, pun satu latihan. Kadang² kita sendiri tak sedar kemanisan 'latihan' tu. Bila ada masalah, kesusahan..kita selalu mintak cepat² la selesai. Tapi sebenarnya, kita tak sedar, proses yg lama tu sebenarnya Allah nak latih kita, nak kita perbaiki diri. Sebab Allah tahu, masa depan lebih mencabar untuk kita. ALLAH SAYANG KITA. Sebab tu Allah nak kita bersedia dari awal."


"Kak Ime, semoga setiap RBC ( sel darah merah ) yg bawa darah ke otakmu utk be
rfikir kerja utk Islam akan diredhai Allah atas pekerjaannya membawa oksigen utk membantumu berfikir jalan yg terbaik utk sama² mengembalikan kegemilangan Islam sepertimana zaman khilafah Islamiyah suatu masa dahulu. Optimislah suatu hari nanti Amerika Syarikat akan berpresidenkan seorang pemimpin Islam sebagaimana Rasulullah SAW dahulu optimis berjiwa besar utk dapatkan gelang raja Parsi. Maafkan diriku kerana alpa memberi semangat buat dirimu tatkala diuji.......Do feel to share anything with me. Sometimes only being a good listener can also ease the burden.."

"Kamu harus KUAT kerana DUNIA MEMERLUKAN KITA."


"Kita sama² tingkatkan Tsaqafah untuk ISLAM ye, ukhtie..."


Allah..menitis air mata time baca kata² yg kamu semua berikan. Teguran dan semangat ni insyaAllah akn disemat dlm hati..moga dikuatkan utk terus memperbaiki diri~

Selama ni hanya mengambil semangat dan motivasi dari bahan bacaan, terkadang dalam mendengar masalah orang dan memberi nasihat juga sebenarnya ditujukan atas diri sendiri sbb tekanan² yg diterima itu baik utk kita sebenarnya cuma jangan sesekali menjadi hamba kepada tekanan. Kita mampu utk mengubah tekanan itu menjadi dorongan..untuk menjadi lebih kuat dan lebih tabah (dengan izin Allah, insyaAllah) Cuma, memberi nasihat kepada orang lain tidak sama dengan menasihati diri-sendiri. Diri ini ingin juga maju ke hadapan tapi kadang² tertinggal di belakang..kerana keseorangan. Tapi kali ni terasa seperti ada yg menghulurkan tangan saat terjatuh, menepuk bahu saat terleka...dan perit beban di hati selama ni gugur bersama² air mata ni. Terima kasih adik-adik ku~ Manisnya berukhuwwah kerana-Nya..Alhamdulillah.

Alangkah indahnya klu dapat kita fahami bahawa setiap inci ujian yg kita alami adalah sentuhan kasih-sayang daripada Allah SWT. Atas kesedaran bahawa kita adalah milik Allah, kita harus mengembalikan segala urusan kepada Allah.

Saat semangat itu luntur, carilah semangat dalam hidup. Jika tidak ditemui, carilah melalui solat fardhu dan sunat. Carilah disebalik doa rintihan pada malam hari. Carilah pada bacaan Al-Quran yg menusuk jiwa dan membina nurani. Carilah dgn penerokaan sirah Nabi dan para sahabat. Jika masih tidak ditemui, pohonlah agar dikurniakan kepadamu hati baru yg lebih bersemangat dan bertenaga.



Dan terima kasih juga buat adik yg suh akk dgr lagu ni :)

Ya Allah,
Kerana CINTA & RAHMAT-Mu kami berKASIH SAYANG
dalam UKHUWWAH ini..
Maka TETAPkan hati kami pada-Mu..
Moga-moga kami termasuk dalam kalangan hamba-hamba-Mu
yang dijanjikan kesudahan yang BAIK..
Amiin Ya Rabb~

4 comments: