05 January 2011

Itu tugas AKU!

" Saat orang sibuk berbicara soal kehancuran, seorang Da'i berusaha mencari jalan pembinaan. Saat masyarakat memberikan keluhan dan menyatakan kekecewaan, seorang Da'i tampil memberi harapan. Membuka ruangan berfikir untuk minda dan menyucikan jiwa-jiwa orang yang disentuhnya. Saat orang banyak berbangga dengan sejarah masa silam dan berasa hebat dengan kejayaan yang pernah kita alami, lalu rasa selesa dan tidak ingin bekerja lagi, seorang Da'i mengorbankan masanya, hartanya dan dirinya untuk menyelami kehancuran masa kini dan membina masa depan yang dinanti."

Memajukan negara dengan membina lebih banyak hub hiburan. Salah siapa?

Meningkatnya statistik anak luar nikah. Salah siapa?

Harga minyak asyik naik. Salah siapa? hehe

Terkadang kita asyik memikirkan itu dan ini adalah salah siapa. Kau yang salah! Kamu yang salah! Mereka yang salah! Hanya segilintir yang berusaha untuk memikir dan MELAKSANAKAN jalan penyelesaiannya. Benar..kita berharap terlalu banyak tapi berbuat terlalu sedikit. Hendakkan hasil tapi tak pernah bertindak. Apa cukupkah dengan kita berbalas hujah di laman maya pada siangnya? Malam, balik, minum susu, tidoq *hehe.

Semua buat hal masing-masing. Aku aku, kau kau. Haih~

Salah kita lah kan? Tak nak FAHAM dan tak nak BUAT

"Biarkan orang-orang atasan la yang selesaikan.."

"Alaa..asal tak ganggu hidup kita dah la. Tak kisah pun sape-sape yang tadbir."

"Kenapa la sibuk-sibuk nak berpolitik sangat..study2 je dah la!"


sayang Malaysia..suara-suarakan hehe


Ilmu ibarat pokok yang perlu ditanam di dalam jiwa. Disirami dengan mempelajarinya. Penuntut ilmu berhajat kepada curahan tenaga yang lebih dan berjaga malam. Apakah seseorang yang pada waktu siangnya berlepak-lepak dan pada waktu malamnya pula berseronok itu menyangka dia akan menjadi faqih atau alim yang besar? Amat jauh sekali, amat jauh sekali.


Semua inginkan masa depan mereka aman..tiada kacau-bilau..bahagia..negara stabil..masjid banyak..minyak murah hehe..tapi hanya menghabiskan usia dan masa yang ada untuk dunia semata-mata..mana mungkin! Jadi siapa yang harus menjadi Ad Da'i Ilallah, menyambung risalah an nubuwwah dalam memimpin , membimbing dan menyelamatkan ummah dari kegelapan jahiliyyah kuno atau moden?

KITA!

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون

Hendaklah ada dikalangan kamu satu ummah yang menyeru manusia ke arah kebaikan , menguatkuasakan syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .

Surah a’ali Imran . Ayat : 104


"Seseorang yang telah melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi."

Jadi ayuh sahabat-sahabat kita muhasabah kembali sikap kita, cakna ataupun tidak akan masalah umat sekarang? Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain. BAIKI dan BERSATU untuk MEMBANTU.

SUARA MAKMUM

'Rumah' lama jikalau masih kukuh dan baik..kenapa perlu dirobohkan?

Hai jiwa yang sering tidak puas dengan apa yang ada, dan sentiasa mengejar sesuatu yang bukan milik kita, sedarlah bahawa DIA adalah pemilik hakiki segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi~

"..dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Al-Hadid : 20)


p/s: .Pesan Nabi saw,(mafhum) bukanlah dikalangan kami orang yang tidak ambil berat hal ehwal ummat :) Jom sama-sama kita solat hajat untuk BKIMM dan tak lupa juga untuk Selangor :)

No comments:

Post a Comment